Statement Yang Menyinggung Perasaan

11:45 AM 5 Comments A+ a-

Siapa ada baca kosmo online? Pasal food market dan Miri. Geram betul lah baca! Kalau nak baca sila klik link INI. Aku hairan betul lah sebelum mereka nak tulis macam tu, mereka ada buat research ke? Hello! Aku dah lama tinggal kat miri dan aku langsung tak ada masalah nak carik makanan halal kat sini okay. Miri susah nak cari makanan halal? Like seriously? Aku dilahirkan dan dibesarkan di Miri. Dari aku kecik sampai aku besar macam garfield ni aku cukup makan. Makan makanan halal pulak tu! Geram ok geram!!

"Selain harga yang mahal, jika bekalan roti dan makanan halal habis, kebanyakan kedai juga lambat untuk menambah stok barangan. Walaupun menghadapi kesukaran untuk memperoleh barangan makanan halal di negeri orang, Khairina kini mempunyai pilihan lain untuk membeli produk itu. - SUMBER"

Kalau dia nak cakap makanan mahal aku tak kisah. Kalau pasal roti gardenia dia cakap mahal, itu memang lah. Kat Miri ni takde jual roti gardenia. Memang la orang yang jual benda tu kat sini akan cas mahal. Kalau dah mahal sangat, tak payah la makan roti gardenia kan? Makanan lain kan banyak. BANYAK OK BANYAK. Ni siap cakap sukar nak dapat makanan halal. Amboii. Kat sini ada banyak kedai makan kepunyaan orang melayu islam. Even kedai bapak aku pun ada okay. Tinggal kau pilih je nak makan kat mana. Tskkkk. Kenapa buat statement macam ni eh? 

Bila isu macam ni, bukan setakat aku je yang marah. Rasa macam penghinaan je untUk orang miri. Sedih lahhh. Miri tak sedaif yang kau sangka. Kami Sabah Sarawak ni pun ada hati dan perasaan jugak. Jangan la melampau sampai nak hina kami. Ishhhhhhh geramlah. 

Kalau nak promote market tu agak- agaklahhhhhh. Customer bagi feedback terus nak share bulat bulat buat artikel terus. Tak faham lahhh. Lagi satu pasal orang yang suka cakap kami sabah sarawak ni tinggal atas pokok. I suggest you to book your ticket and come here. Aku nak jemput datang rumah aku atas pokok ni. Siap pakai elevator lagi kalau nak pegi atas okay. Boleh nampak satu bandar miri sebab pokok aku tinggi. Ada wifi boleh kau online puas-puas. Ishh gerammmm! 

xx

5 comments

Write comments
MizzTina
AUTHOR
February 6, 2015 at 12:00 PM delete

sbb artikel mcm ni la org semenanjung fkr org sn daif, kolot, ketinggalan etc..etc.. xpttla mcm tu.. ehh, akak nk sgt g sarawak.. tp ntah bila la hajat nk kesampaian...

Reply
avatar
Sue Sopian
AUTHOR
February 6, 2015 at 12:54 PM delete

sabar ye dik :) reporter mmg suka jaja cerita mcm dah takde cerita sgt..
anyway, salam kenal..
melalui blog awak sy jatuh cinta dgn planner.. hahahaha.. thanks!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 7, 2015 at 8:16 AM delete

kmk suka entri tok!! huhu

waima diam lam gua niah pun sikda payah ne nak bercarik makanan halal. ngokngek nya statement. eh hello miri bukan pekan okay, taraf bandaraya lagi.

Reply
avatar
Aqilah Azmi
AUTHOR
February 10, 2015 at 6:13 PM delete

HAHAHAHAHHA
sabar kak cha! it is the mentality of semenanjung ppl maybe? Alahai sedih betul huhu. Sabor jelah hm. Tp sakai lah diorang. Mcm tak tahu pulak sabah sarawak mcm mana alahai

Reply
avatar
Gee Lion
AUTHOR
April 6, 2015 at 9:51 PM delete

Ini stigma yang bermain dalam masyarakat sekian lama. Sengaja diulang main utk buat kita bergaduh sesama Sabah/Sarawak/Semenanjung. Sebenarnya, apa yang orang tersebut takut sangat kalau kita ni bersatu padu? Kenapa mesti ada stigma negatif macam ni? Kenapa? Kenapa? Sepatutnya media memainkan isu yang harmoni bukannya berapi..

Persoalannya, siapakah orang tersebut? Jeng3..

Reply
avatar